Telah Dicetak Dinar Borneo 24K Standar Nabawi (IMN)

Islamic Mint Nusantara (2000) telah memulai pertamakali pencetakan dinar dirham di Indonesia dan kini pada awal tahun 1432H (2011) IMN mengeluarkan Fatwa  koreksi atas standar baru berat dan kadar Dinar Dirham Islam yang kini telah mulai dikerjakan di Indonesia, South Africa dan Malaysia, sebuah babak baru dan sejarah bagi perjalanan dinar dirham Islam di Indonesia dan dunia.

Alhamdulillah saudara muslim di Malaysia telah mulai mencetak Dinar 24K yang lebih sesuai syariah dan fikih secara kadar kemurnian. Dinar Borneo dengan berat 4.4 gram dan 24K ini telah beredar silahkan lihat penjelasan www.dinarborneo.com

Mengutip dari website Dinar Borneo menuliskan sebagai berikut:

Saya telah meneliti dan memutuskan untuk mengeluarkan 1 Dinar Borneo mempunyai ketulenan 999.9, 24K dan berat 4.44g. Dengan itu, saya menghentikan pengeluaran untuk 917, 22K dan berat 4.25g. Keputusan ini akan kekal insyaAllah sehingga 1 fatwa dikeluarkan oleh ulama-ulama besar dan bijak pandai dunia terhadap ketetapan standard Dinar.

Saya memilih standard 24K 4.44g berdasarkan pertimbangan:

Emas 24K sudah sedia diiktiraf di seluruh dunia sebagai emas yang paling bernilai. Ianya selari dengan fitrah manusia yang inginkan yang terbaik. Malah Allah sendiri mengiktiraf emas di dalam al-quran yang juga merupakan logam berasal dari syurga.  Maka Dinar 24K beserta Kalimah Tauhid InsyaAllah akan dipandang tinggi seterusnya mampu mengembalikan zaman kegemilangan Islam.

Berat 1 dinar 4.44g  dengan ketulinan 999.9/24k adalah menepati kiraan zakat, iaitu 88g bersamaan 20 dinar & zakat yang wajib dikeluarkan ialah 1/2 dinar. Berbanding emas 917, setelah tolak 8.3% (cooper &dan silver) tinggal 3.9g x 20 (mitsqal) =78 gram sahaja.

Sifat emas tulen 24K ini telah semula jadi yang Allah ciptakan.  Sifat warna 24K adalah kuning keemasan asli, tetapi jika warnanya  kuning cerah, kuning kehijauan, kuning keunguan, atau kuning keperangan bermakna emas telah dicampur dengan logam lain. ‘Hint’ pertama untuk mengelakkan penipuan Dinar Borneo 999.  Sifat kedua iaitu kelembutan.  Apabila Dinar senang terguris atau kemek bermakna dinar adalah tulen, tetapi jika ia keras, ia telah dicampur.  Pendapat berkenaan kelembutan ini adalah kelebihan untuk kita mengelak penipuan untuk dinar 999.

Selain itu, ada beberapa sifat emas yang basic kita blh kaji, termasuk konduksi elektrik menggunakan test meter microohm, menggunakan magnet kuat – emas dan perak tidak ada elektromagnet, begitu juga ukuran emas & perak 999 adalah tetap.

Dengan ini 1 Dinar Borneo 24K adalah untuk bermuamalah dan terma-terma syariah lain. Kalimah Tauhid dan sifatnya yang lembut secara automatik membuatkan kita akan berhati-hati semasa menggunakannya

Dinar Borneo (24K)  ini dikeluarkan untuk tujuan muamalah dan pelaksanaan rukun Zakat dan sebagai mata uang dalam perdagangan islam, untuk Dinar 24K ini tidak ada buy-back, Alhamdulillah. Jadi tunggu apa lagi, Bismillah.

Pos ini dipublikasikan di Artikel dan tag , , , , , , , . Tandai permalink.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s